Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta
Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu
Bengang Tol...
Panggilan Allah

*Diambil dari Che Li's Blog
http://manzlie-makkah.blogspot.com/
Musim haji dah bermula. Semoga semua jemaah baik dari malaysia mahupun seluruh negara berada dalam keadaan yang selamat dan semoga mendapat haji yang mabrur.
Bila bercerita tentang haji,Mekah Al Mukarramah ataupun Masjidil Haram akan dilimpahi dengan berjuta-juta manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Apa yang menariknya tentang Kota Suci Mekah ini ialah time kita semua berfikir dan mendalami apakah yang ada di sana, dan disebaliknya. Terpanggil saya untuk melayari satu blog hamba Allah yang bekerja di sana. Banyak gambar gambar menarik yang menyetuh dan mencuri hati saya kali ini.
Dilema Telco & Post....Penipuan atau Perniagaan??
Bagi yang nak tau serba sedikit...sila cpy and paste link dibawah
http://ayares151.blogspot.com/2009/09/telco-and-post.html
http://www.melayu-trade.com/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2612
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TR1TCVQ254H3GAJR5
Telco & Post Program
Azlan Rosmera & Farah Edora sbg kepala FaraTech masih lagi menjalankan program taja-menaja dan merekrut ahli baru utk program TM Bull# Business Programnya. Ibu pejabat diorang adalah di The Mines Resort Business Park dekat dgn bangunan Sapura Holding tu. Situlah ibu pejabat si penipu2 faratech ni berkumpul dan bermesyuarat utk mencari jalan menipu melayu utk menambahkan keuntungan tahunan. Pada tahun 2007 diorang mensasarkan keuntungan sebanyak RM50 juta daripada TM Bull# Business Programnya.
Sehingga hari ini, kakitangan faratech sering silih berganti sebab ada yg dah bertaubat tak mau bersubahat dgn Azlan Rosmera & Farah Edora menipu melayu dgn TMBPnya. Ada maklumat yg diterima terdapat pejabat cawangan faratech yg telah ditutup. Salah satunya cawangan Farge Metro JB di Tampoi JB yg dah ditutup dan bangunan tu pun nak disewakan. Samada dah tutup terus atau pindah ke tempat lain itu tak pasti. Tapi Fargo Metro JB memang dah tutup. Mungkin sebab penyewa bangunan tu sblm ni (Seorang Melayu) tak mau bersubahat dgn faratech lagi jadi dia tutup terus kedai dia.
Dulu seorang pegawai faratech yg in-charge bahagian kewangan & urusan pinjaman bernama Rassidy Che Ani berhenti keje. Dia ni salah seorang pegawai kanan faratech. Dan selepas itu beberapa lagi kakitangan yg in-charge produk2 tertentu juga berhenti keje. Budaya berenti kerja di faratech adalah perkara biasa. Ini kerana timbulnya kesedaran di kalangan kakitangan mereka mengenai dosa menipu dan bersubahat dgn kepala penipu menyebabkan mereka berenti kerja.
Selepas dapat cash dari yuran rekrut, faratech akan terus meninggalkan reseller, distributor dan agen yg dilantiknya. Segala sokongan dan kerjasama yg dijanjikan tidak lagi diberikan. Yg penting duit masyuukkk poket Azlan Rosmera, Farah Edora, Muhammad Anuar, Mithaq Abd Mutalib, Shamsul Anuar dan semua kakitangan penipu sokongan yg lain. Ini adalah orang kuat yg menyokong penipuan sykt faratech. Bergembira dan bergelak ketawalah si pencacai-pencacai dan petualang bangsa ini dlm mesyuarat mereka sebab berjaya memperdaya orang melayu supaya menjadi rekrut mereka dan membayar yuran yg beribu-ribu.
Utk menampung kakitangan senior yg dah berenti dan bertaubat sebab tak nak bersubahat menjalankan aktiviti tipu-menipu, faratech telah mencari bebudak lepasan SPM, STPM dan lepasan universiti yg masih blm bekerja utk bersama-sama bekerja dan bersubahat dgn mereka. Lagi pun diorang ni senang dipergunakan utk menipu dan mudah dibasuh otaknya (Brainwash). Sebab itu nama2 pegawai, kakitangan dan kakitangan yg in-charge dlm sesetengah produk dan bahagian sering bertukar nama. Tak sampai sebulan, dah nama orang lain sebab orang yg sebelum tu dah berhenti kerja.
Jauhkanlah diri korang dari ditipu oleh faratech. Sekali korang ditipu oleh faratech dgn TM Bull# Programnya, korang akan terus mengalami kerugian sebab selepas korang bayar semua yuran rekrut, faratech akan buat2 tak kenal korang. Contohnya macam kes panggilan telefon tak dilayan. Kalau korang dail nombor handphone pegawai2 faratech ni contohnya seperti Muhammad Anuar, panggilan korang akan diangkat oleh seorang betina. Sedangkan Muhammad Anuar adalah lelaki tapi dia telah serahkan handphonenya kepada seorang betina utk dijawab sebab dia malas nak melayan. Begitu juga kalau korang dail nombor pejabat faratech utk bercakap dgn seseorang pegawai atau kakitangan yg in-charge bahagian tertentu, panggilan korang akan ditendang ke sana ke sini macam bola, di'ignore'kan, dibiarkan tanpa diangkat, di'by pass'kan dan macam2 lagi taktik diorang utk lepaskan diri dari menjawab. Diorang semua malas nak melayan.
Orang faratech diorang tak berani nak menjawab secara terbuka kat sini. Diorang anggap buat apa nak jawab kat forum ni, membuang masa diorang jer. Lebih baik teruskan usaha dapatkan duit dgn merekrut orang ramai dan menipu. Itu lagi baik, duit pun dapat banyak. Pihak MARA pun dah tak beri pinjaman utk TM Bull# Program ni lagi. Diorang dah blacklist faratech sbg sykt petualang dan pengkhianat melayu. DPMM? mungkin DPMM dah dirasuah oleh Azlan Rosmera & Farah Edora atau Presiden dan AJK DPMM sendiri mempunyai kepentingan dlm faratech, sebab itulah orang2 DPMM tak ambik kisah pasal penipuan yg dijalankan oleh faratech. Yg penting perut pemimpin2 DPMM semakin buncit dgn taik dan rezeki yg syubhah lagi haram, daripada memikirkan kepentingan ekonomi orang Melayu Islam.
PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN AKAN DIKELUARKAN. TUNGGU!!! PENDEDAHAN LAIN DIALU-ALUKAN
Yg berjaya cuma sikit jer sebab pihak faratech sendiri tak mampu dan malas nak melayan semua rangkaian agent, reseller & distributornya di seluruh Persekutuan Malaysia. Mana yg sempat dia layan dan beri kerjasama, berjayalah org tu di samping usaha yg kuat. Masalahnya skrg, ada yg berusaha kuat juga tapi tak berjaya-berjaya oleh kerana takde kerjasama dari faratech. Yg faratech tau dia dah ambik duit tunai dari agent, reseller & distributor, dia dah kaya duit dah masyuukkk poket dia. Itu yg lebih penting daripada dia beri kerjasama, khidmat selepas jualan yg baik apatah lagi bimbingan. Setakat bagi produk knowledge jer, lepas tu blah. Borang entah ke mana, janji manis dulu entah ke mana, duit komisyen entah ke mana, Cakap pun dah tak serupa bikin.
ILLW T-shirt
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersempena dengan acara International Lighthouse Lightship Weekend 2009, beberapa siri design baju telah dikeluarkan bagi memeriahkan dan memperingati hari bersejarah dalam kalendar radio amatur malaysia. Saya dan rakan-rakan lain yang terlibat dalam acara ini telah bersepakat untuk memakainya pada hari berkenaan. Bagi baju T-shirt hitam berkolar, dijual dengan harga hanya Rm 38.oo sahaja. Wang hasil dari keuntungan jualan baju ini akan diserahkan pada pihak Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad dan sebahagiannya akan diserahkan pada tabung Astra Tengah. Bagi mana - mana rakan yang berminat untuk mendapatkan baju ini, sila emailkan kepada saya di hilmimamatATgmail.com atau sms kepada 017-308 3068 (helmi).
73 de 9W2YDP
QRL dengan tugasan dan eyeball-an...
Assalamualaikum...dah hampir dua bulan aku x mencoret ape2 kat blog nie...xde ksempatan...malam ni pown curik2 tulis sblm tdo...Selepas aku pulang dari Indonesia, xde ape yang luar biase blaku...Aku hidup seperti manusia biasa, maklumlah, blom dapat jadik bionik man lagi..huhu...
Tanggal 30/5/2009, aku sekeluarga pulang ke kampung halaman fundamental aku untuk membantu sepupuku dalam persiapan majlis perkahwinannya di Pasir Mas, Kelantan...
Dr. Zahirudin & Dr. Wan Rohasliza (Spupu Aku)
Spupu, Akak, Anak Spupu, Abang dan Aku.
Ibunda yang tersayang bersama anak sdarenye.Selepas habis kenduri, kami sekeluarga still lagi duduk kat kampung ntok brehat sambil jalan2 pusing kampung. Keesokan harinya, family aku pulang ke shah alam dengan meninggalkan aku untuk meneruskan kajian aku yang tersendiri. Slepas ditinggalkan di umah spupu aku, aku teruskan kehidupan 'portable' di kelantan sehingga keje aku siap. Sempat juga aku masuk ke jaluran di kota bharu ataupun 9M4RDA. Sempat jugak qso dengan kak mah 9w2sme dan xym nya 9w2smo Pok Lias,9w2xrr cikgu li, 9w2pnh pok nik, 9w2ygc cikgu yoong guan, 9w2key pok ki, 9w2djm - pok din, 9w2bts dan ramai lagi rakan2 lokalan kota bharu. Stelah 4 hari aku dok kat umah sdare aku bersendirian tanpa family, aku terlibat dalam kemalangan yang mana syukur tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Teruk jugak laa kereta spupu aku di langgar dek mat rempit. Tapi syukur semuanya sudah selesai.
Hari2 yang seterusnya aku isikan dengan acara bersua muka dengan rakan2 lokalan kota baru dan juga tanah merah, yang mana aku sempat berjumpa dengan abg fadzlee 9w2bdz yang secara mengejutnya menelefon aku dan suruh aku masuk simplex channel. Mulenye aku xlayan sebab aku igtkan rakan tue xtahu yang aku brada di kelantan, rupe2nye abg fadzlee pown berada di kelantan dalam mengisi masa cuti sekolah yang ada.
Jalan-Jalan Indonesia
Sempat juga akhirnya aku dan sekeluarga bercuti dengan mak aku di indon sebelum kesihatan mak aku tidak membenarkannya bergerak jauh. Kami bercuti di jakarta dan di bandung. Banyak tempat juga la aku pegi..
Lepas tue kitorang pegi pasar tanah abang, heaven ntok perempuan yang kaki shopping. Tapi memang ramai orang, dan nasib baiklah aku tak perlu berlari banyak kali nak cari air sebab penjual air akan datang cari korang...senang kan??
Petang tue pulak kami pegi makan di pantai ancol, tapi nak masuk dalam kawasan pantai tue kne bayar beb, pelik tol.
Di Gunung Tangkuban Parahu, menurut cerita dongeng, pada zaman dulu, ada sepasang ibu dan anak tinggal di kawasan ni. Nak dijadikan cerita, mereka terpisah sejak anaknya kecik lagi. Bile anak tue dah besar, baru dier terjumpe dengan ibu kandungnya, tetapi si anak lelaki ini berhajat nak memperisterikan si ibu kerana kecantikan ibunya yang memikat, tetapi dia xtau yang perempuan itu adalah ibunya, sedangkan ibunya mengetahui. Jadi si ibunya mengenakan satu syarat, disuruh anaknya untuk menyiapkan sebuah perahu besar dari malam hari sampai ke subuh pagi sebagai hadiah. Si anak pown bukan main semangat lagi, die pown buat laa ape yang diminta. Bile hari dah pagi je, maka perahu pown dah siap, si anak mencari perempuan itu. Alangkah marahnya anaknya apabila die dapat tau yang perempuan itu telah melarikan diri. Dengan marahnya si anak tadi menendang perahu yang dibuat itu, maka ternampaklah gunung tangkuban parahu nie mirip seperti perahu besar yang terbalik. Begitulah dongeng nya...
owh, lupe aku nak cakap yang aku dan ayah aku menuruni gunung tue dengan berjalan kaki, ala, downhill tracking. Perjalanan biasa mengambil masa lebih kurang satu jam stengah hingga 2 jam, tapi kami berjaya buat dalam masa sejam jer, hehe. sebab srabut dengan jurujual yang dok ikut kemana saja kami pegi. Tercungap cungap jugak laa juru jual tu dengan guide die...haha...Kat tengah2 perjalanan menuruni gunung tu ade satu kawah air panas, gambar xde sebab kawasan tue berkabus, air die memang sangat panas. Nak rendam kaki pown xtahan wooo..
GLODOK
Tempat yang aku teringin nak pegi akhirnya telah kesampaian, walaupun aku xpasti samada btol atau x tempat yang rakan-rakan perkatakan. Selepas pusing2 kat jakarta, aku mintak wife kepada staff akak aku a.k.a tourist guide kitorang ntok bawak aku pegi glodok, nak cari barang radio amatir.Di salah sebuah kedai yang menjual peralatan radio amatur. Boleh tahan banyak laa barang die.
Barisan handie second hand. Yang kat kotak blakang tue sumenye rig2 baru...Banyak gile
Nie yang paling aku terliur, kabel belden dengan pelbagai saiz, dari luar sampai ke dalam.
Masyuuuukkk..!!!
Ape lagi, alang-alang aku dah sampai sana, beli lah sket buah tangan ntok diri sendiri...haha
Remembering that moment...
"ha, ini yang kita xtau"...(phares taken from los dan faun muvee)
Me..??...Blogging..??
hahah...since i involve in the amateur radio, it makes me involved in blogging, too. One hobby could related to another, who expect that? After obtaining my amateur callsign, then i started to blogging. Kind of new experience to me, but helps me a lot, in aspect of expressing my feeling lor..haha...it doesn't matter right..?? Thus, i can share what im doin, where im going, its all about sharing information to others, or maybe that's what i know. So, after several months of blogging, then something across my mind, without wasting a single moment, i started to build another blog...not one, but TWO...hahaha....kinda greedy isn't? No laa, i'm just trying to build my prospect, simply known as widening and expanding my market. But, to be free of all business clumsiness, i decided to build separate blog that separate personal life blog and business. For sure la there must be a link for you guys to keep connected with what i'm doing. No one can climb for the success in a short time period, for sure. But at least i'm not the one who belong to the group of 'Kedai Kopi-Talking'. A high/huge tree must be cut from below...simple quote with deep meaning..Adi0s.
HMMM....
Lame juga aku kat pahang aritu, dari hari jumaat 20/3 hingga lah 24/3 baru aku pulang ke shah alam. Tujuan aku ke pahang sebenarnya pada mulanya hanya untuk mempromosikan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad, tapi disulami dengan urusan-urusan peribadi. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Nak tulis panjang pown, semuanya dan tertulis di blog koperasi. Dalam kesempatan tu jugak aku buat surat transfer mohon tukar dari pahang ke jalan ampang. Sarjan kate bende tue mungkin akan ambil mase selama dua hingga tiga bulan. Sekurang-kurangnye boleh laa aku buat ape-ape urusan yang patut.
Malam semalam akak aku cite kat aku yang penyakit mak aku gettin more seroius. Hmm, mcm2 aku pikir dalam kepale otak aku nie. Ape yang aku rase xyah cite laa. 30/3 nie aku kne bawak mak aku pegi to undergo her first kimotherapy. Hopefully she will be okay. And from now on, aku xleh nak kuar jauh or luar kawasan taman aku cause aku yang kne jage mak aku pada belah pagi sampai akak akau balek pukol 9 malam...Hmm...dah sampai masenye aku plak yang kne jage mak aku..Harap-harap die suke ape yang aku buat..dahla...xleh nak tulis panjang2..rse len sket...hmmm...cheerio
Koperasi oh Koperasi...
**Tujuan saya menulis coretan adalah hanya kerana ingin berkongsi perasaan dan pendapat dengan semua pihak. Minta maaf jika apa yang saya tuliskan ini salah. Betulkan saya. Terima kasih.
Mengapa koperasi ditubuhkan?
Koperasi ini ditubuhkan pada mulanya dengan dasar untuk menyatu padu kan golongan peminat radio amatur di seluruh malaysia. Ia ditubuhkan bukan kerana penyatuan yang kurang diantara golongan peminat radio amatur, tetapi adalah untuk memajukan dan mempertingkatkan keupayaan ekonomi khususnya dikalangan peminat radio amatur. Alangkah baiknya jikalau semua ahli/peminat radio amatur dapat bersatu hati, berpadu jiwa dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi semua pihak, yang mana semuanya bermula dengan benda minat yang sama, minat yang mendalam terhadap radio amatur. Tidak perlu kita membezakan antara satu sama lain, walhal kita semua sama. Cuma tahap keimanan yang membezakan antara satu sama lain. Alangkah baiknya jika kita dapat bersatu hati dalam satu bumbung, insyallah, berbagai perkara boleh dilakukan dengan pertolongan dari semua pihak.
Faedah yang diperolehi?
Disini tidak perlu saya katakan banyak perkara, diibaratkan seperti menabur janji kosong. Tetapi apa yang perlu kita fahami adalah, dalam proses untuk menjayakan sesebuah misi memerlukan sokongan dan pertolongan dari semua pihak. Sejujurnya, dimana-mana pun, tidak semua pokok didalam dunia ini mengeluarkan buah atau hasil pada usia yang muda. Tetapi diusia yang muda inilah pokok itu perlu disemai dan dijaga dengan teliti agar hasil yang bakal dikeluarkan nanti dapat memuaskan hati si penanam itu tadi. Perkara yang sama juga berlaku dengan koperasi ini, tidak semestinya koperasi ini dapat memberikan pulangan yang lumayan dalam masa yang terdekat. Tetapi apa yang perlu ialah sokongan padu dan bantuan, serta kesabaran dari semua pihak, khususnya semua warga peminat radio amatur di malaysia. Semua ini dapat dilaksanakan dengan mudah jika kita semua bersatu hati. Justeru itu, saya memohon agar saudara/saudari dapat memberikan tunjuk ajar, pandangan ataupun komen dalam memperbaiki diri saya, warga radio amatur mahupun koperasi radio amatur malaysia berhad.
Keahlian Koperasi KRAMAT kini DIBUKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua. Setelah beberapa minggu selepas Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad, kini kami dari pihak koperasi membuka keahlian kepada semua warga negara malaysia berumur 18 tahun keatas untuk menjadi ahli. Bayaran keahlian yang dikenakan adalah sebanyak RM 230 sahaja, yang mana RM20 untuk fi masuk, RM 200 untuk saham dan RM 10 untuk khairat kematian. Sertakan sekali dengan satu salinan fotokopi kad pengenalan beserta dengan dua keping gambar terkini berukuran passport. Dijemput kepada semua rakan-rakan radio ham untuk bersama menyokong usaha untuk menubuhkan dan membentuk koperasi ini sebagai sebuah koperaasi yang terunggul di Malaysia. Insya Allah....Amin.
Otak yang penat...hehe
Dalam mase nak menyampai tarikh Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad, aku dah disuruh ataupun nak sedap ayat sket, diberikan kepercayaan untuk membuat dan design brochure untuk MAP koperasi. Aku pown dengan pantasnye buat laa kajian sedikit sebanyak bagi menyenangkan lagi usaha aku nak design brochure, survey...Dalam banyak-banyak survey yang aku buat, akhirnya muncullah brochure koperasi yang aku buat nie. Walaupun xberape puas ati dengan hasil sendri, aku tetap buat ape yang memadai...Sebabkan kitorang dah kesuntukan masa, nak xnak, terpaksa designkan design yang normal ataupun standard dulu bagi MAP nie...Anyway, this is my work...Hope you all appreciate it...that's all..huhu...leave some comment to help me design a better thing onwards..!!cheerio
Black Memories...
Hmm....tanggal 5/3/09, aku dah xdapat nak tahan ape yang aku simpan selame 27 hari terhadap seorang rakan...Die merupakan orang yang sempoi, baik, tapi ade certain2 bende yang buat aku marah...tapi kadang-kadang bende yang buat aku marah tue lah yang buat die ni unik...die nie lain laa...hmm, back to the main point, sampai mase jer, aku dah xtahan dah dengan perangai die yang backstabbing aku...xnak cite panjang, sebab aku pown dah xnak lagi mengalami bende yang same, saket ati xterkire, maka aku pown buat keputusan...That's it, no more relation between us...even it takes a while to forget bout the memories, but life must go on...pada aku, maybe there is hidden couses beneath the fate...aku trima dengan hati yang terbuka...time for me to change has come...TRANSFORM...!!! ( macam tramsformers...hahaha )
Mesyuarat Agung Permulaan KRAMAT
Dijemput kepada semua ahli radio amatur mahupun peminat radio amatur untuk hadir ke Mesyuarat Agung Permulaan ( Mesyuarat Agung Pertama ) untuk menyokong dan sama-sama menyumbangkan idea serta pendapat dalam penubuhan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad.
Tarikh: 8 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 2 petang- 6 petang
Tempat: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara(Opposite INTAN Bukit Kiara)
Meeting lagi..
Mesyuarat kali ke-5 telah diadakan di tempat yang sama sekitar jam 10 malam bagi membincangkan dengan lebih mendalam dan lanjut lagi tentang perkara-perkara yang berkaitan. Antaranya ialah untuk melantik ahli lembaga koperasi sementara bagi menerajui tahun pertama penubuhan koperasi. Ahli jawatankuasa juga dilantik pada malam itu bagi membahagikan tugas-tugas yang penting yang akan dilaksanakan menjelang Mesyuarat Agung Permulaan yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada 8.3.2009. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memastikan keselesaan dan juga ketelusan penyampaian maklumat tentang penubuhan Koperasi ini.
Meeting Koperasi Radio Amatur Kali ke-4
Mensyuarat kali ke-4 bagi sesi permulaan untuk penubuhan koperasi radio amatur malaysia berhad berjalan dengan lancar. Mesyuarat diadakan di pejabat sementara yang terletak di No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 03-80623370 Fax: 03-80623372. Emel address koperasi.radioham@gmail.com. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dengan sokongan padu rakan-rakan radio yang lain. Semoga diharapkan tujuan dan hasrat kita untuk menubuhkan koperasi radio amatur malaysia berhad nie berjalan dengan lancar dan berjaya. Amin.Pengurusi Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad Sementara
Pak Ngah tengah pening kepale ke??9W2LGT, 9W2YDP dan 9W2DNO.
9W2JSJ tengah bersorak ape tue?? Sebelah die 9W2XMP tengah dok sokong...huhu
Antara rakan-rakan radio yang hadir bagi mencurahkan idea dan pendapat bernas bagi menubuhkan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad. Kak lang, 9W2KLG, Abg Ahmad (xym kak fidah)9W2MMJ, Pak Yoep, 9W2YR dan seorang lagi rakan yang kita lupa callsign dia....sori
Mini Tango-Tango Komplek Sukan Pandamaran
Majlis mini tango-tango yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Majlis ini dihadiri lebih kurang hampir 100 orang ahli rakan-rakan radio dari seluruh kawasan dan lokalan yang berhampiran. Ajk Pendaftaran pada hari berkenaan, PR-WNY (shaheen) ditemani dengan XYL PNO, PR-YNO ( kak yus).Beruntung majlis pada malam tue kerana majlis dihadiri oleh 9M2HS yang berbaju kuning. Yang pakai topi tue 9W2DYZ a.k.a ucop.
Yang berbaju biru tu PR-FK a.k.a Kak Zana, ( Lelaki laa) dan berhadapan dengan PR-BX, Abg Rahim bersama dengan seorang lagi rakan.
Salah seorang rakan yang datang dari jauh, PR-DMG ataupun Din Mega yang datang jauh dari Mantin, Negeri Sembilan.
Usha camera tue, haha, ini dia rakan dari lokalan klang, PR-NX ataupun Haji Amirul sambil ditemani dengan rakan kita dari mantin dibelakang tue.
Mini Tango-Tango Rejab
Mini tango-tango yang diadakan di rejab boleh tahan best. Ramai jugak rakan-rakan radio yang hadir. Tapi majoritinya ahli pradas, hehehe. Tak menjadi masalah. Terima kasih diucapkan kepada rakan dari lokalan sarang burung, kelang, puchong, subang dan juga dari lokalan yang berhampiran sebab sudi hadir. Malam tue jugak kitorang adekan mini meeting untuk mendapatkan survey awal tentang idea awal penubuhan koperasi bagi ahli dan rakan radio amatur.Antara rakan yang hadir. Sempat lagi kak fidah pr-sj/9w2jsj menjual baju kelab. Memberi peluang kat rakan-rakan lain nak membeli baju dan pewangi kereta.
Dari kiri sekali, Rahim Pr-Raz, Bro gto 9w2gto. Yang tengah menyendeng tue Zack sambil cover **** Pr-Zac dan kanan sekali Mr. Ng Pr-Cyn.Khusyuk mendengar taklimat yang diberikan tentang tujuan penubuhan koperasi radio amatur yang pertama di Malaysia.
Lagi gambar rakan-rakan yang dengar ceramah percuma, hehe.
Antara barisan hadapan taklimat tentang penubuhan malam itu.
Antara jejaka hensem yang hadir, Shaheen Pr-Wny, dan xlain xbukan, Helmi, Pr-Emi/9W2YDP.
Taman Monumen & Masjid Kristal
Waktu nie xingat waktu bile, hahaha. Tapi yang pastinya aku dgn famili ade dekat tganu, KONPEM. Mase nie dapat laa kitorang merakamkan kenangan sket kat sane. Maklumlah, walaupun kampong kitorang kat klantan, tapi kitorang jarang betol singgah kat tganu. Akhirnya samapai jugak kitorang. Itupown atas desakan manje anak-anak mereka, hahaha. Dapat jugak laa aku makan kopok lekor yang sedap. Macam-macam aku rase, yang fresh pnye ade, yang gatal punyer pown ade. Kopok lekor yang gatal, bukan aku. Mak aku cakap kopok tu die gune ikan lame. Nak buat macam mane, dah makan, ku kunyahkan aje.
Aku orang shah alam, view ape yang best kalau nak bwat gamabr kawin, bukit cherakah? hahaha....ntah laa.
Pradas Mega Eyeball
Haha, dah bape bulan blalu baru aku nak share. Xpelah, atleast ade jugak. Aku sampai di tapak perkhemahan agak lewat petang macam tue. Berkonvoi dengan rakan-rakan dalam 10 biji jalopy, dan macam biase, gambar xde. Tapi bukan sebab batri abes, tapi aku drive sensorang. Jadi keletihan mengatasi segalanya.Ni jalopy 4X4 abg ramli, pr-rba. Selambe jer parking atas pasir, 4x4 laa katekan. Yang dok menahan tangan tu si farid pr-lkt/9w2dno.
Eh, macam marah jerk. Haha, pak ngah pr/9w2 pno. yang dok sbelah die plak jejaka jambu pradas, shaheen a.k.a wany, pr-wny. Baru lepas set up khemah, tu yang xtau nak buat ape tue. Masing-masing buat aktiviti sendiri sementara memenuhkan mase yang terluang.
Yang ni pulak xlain dan xbukan mat pocot pocot ataupun abg fairuz pr/9w2 mff. die tengah ajar anak die ape ntah, pasang mainan ape ntah. Anak ayah katekan. Tapi yang sebelah kanan tu bukan bini die, tapi xyl pak ngah. Kang menangis plak pak ngah kalau orang kate tue bini si fairuz. Hahaha...
Akhirnya ade jugak gambar aku. Tengah brehat sekejap sementara menanti aktiviti seterusnya. Gambar ni aku tangkap hari yang kedua aku kat sane. Tapi aku xleh stay lame sbb aku ade hal sket kat pd, hehe. Agak-agak dah kenyang makan kat situ, maka dengan cargasnya aku cabut menuju ke PD berjumpa dengan rakan-rakan ntok projek no 2. ARRD.
73 de 9W2Ydp
Bulan Puasa di Sabah
Kali nie aku buat gile dengan rakan aku, wan. Sesi borak2 petang kat kedai mamak bertukar menjadi serius bile aku tanye die pnah x die pegi sabah. Bile aku tengok die semacam je nak pegi, aku trus book tiket pegi sabah. Hahaha, gile. Slamat laa membe aku pown nak balek umah mak bapak die kat sane, jadi tempat tdo dan makan dah jimat, hehehe. Sbenarnye kitorang nak tengok sangat projek ternakan ikan laut ayah die. Mmg syok bile aku sampai sane.
(wakaf tu laa kitorang gunekan ntok lepak time tengah memancing, hehehe)
Cukup time bile kitorang dah boring jerk, sampai mase kitorang balek umah. Tapi xleh nak makan sbb waktu tue pertengahan bulan puase. Nak isi mase lapang, kitorang kuar gi bandar kk. Ape yang kitorang buat? pikirla sendri...
Search
My Blog List
-
-
-
Kayuhan Kapitan Jemsol Untung2 days ago
-
Kembali menaip dengan berhati-hati…4 days ago
-
